Powered by Blogger.

Gempar !!!! Remaja Belasan Tahun Jual ‘BODY’ Dalam FB




Usia mereka baru 12 dan 13 tahun dan masih bersekolah, tetapi kesucian diri diragut 
teman lelaki ekspres yang dikenali menerusi laman sosial popular, Facebook (FB).

Semuanya berlaku kerana perasaan ingin mencuba ilmu asmara yang diperoleh menerusi Internet dan FB dianggap jalan pintas untuk mendapat seberapa ramai kenalan lelaki 
dalam tempoh singkat tanpa pengetahuan ibu bapa.

Terpesona dengan pendapatan antara RM18,000 hingga RM20,000 sebulan hasil 
kegiatan sumbang bersama lelaki hidung belang tanpa mengira umur atau keturunan 
termasuk pelancong asing, Sally dan Tina menggunakan gambar seksi untuk menggoda 
kenalan FB.

Bagaimanapun, seronok hanya sekejap tetapi derita berpanjangan. Kini mereka yang 
menginjak usia 17 tahun menyesal tak sudah kerana kesilapan silam pada usia masih 
mentah.

Jika dulu mereka berbangga didampingi ramai lelaki, diulit kemewahan dan mampu 
memiliki gajet canggih yang menjadi idaman rakan sebaya, kini semuanya tidak berguna
lagi selepas Sally disahkan dijangkiti HIV positif. - 


Related Post:

0 Comments for "Gempar !!!! Remaja Belasan Tahun Jual ‘BODY’ Dalam FB"

Back To Top