Powered by Blogger.

Kejam Dibunuh Hingga Isi Perut Terburai Guna Pisau Madura




Kejam dan tidak berperikemanusiaan!

Mayat seorang lelaki warga Indonesia ditemui dalam keadaan amat mengerikan dengan keadaan isi perutnya terburai di Angsana Ipoh Mall, semalam.

Insiden tragis yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang ini sekaligus menggemparkan pengunjung di pusat beli-belah tersebut.

Mangsa yang ditikam dengan senjata tajam, dipercayai pisau madura meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Mangsa yang dikenali sebagai Al Amin, 30, dikatakan bersama teman wanitanya ke premis tersebut untuk berkaraoke.

Bagaimanapun, selepas berkaraoke mangsa didatangi sekumpulan 10 hingga 15 warga Indonesia sebelum tiba-tiba berlaku pertengkaran hingga menyebabkan pergaduhan.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mangsa dipercayai dibelasah sebelum ditikam di perut dengan senjata tajam.

“Sebaik mendapat maklumat mengenai kejadian, anggota dari Balai Polis Sungai Senam ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa sudah terbaring berlumuran darah, sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan kecemasan. Namun sebaik sampai hospital mangsa disahkan sudah meninggal dunia,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.


Susulan kes ini, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca dan motif sebenar pembunuhan tersebut.

Pada masa sama, pihak polis giat menjalankan siasatan untuk mengenalpasti suspek dan meminta bantuan orang ramai jika ada melihat kejadian tersebut. 

0 Comments for "Kejam Dibunuh Hingga Isi Perut Terburai Guna Pisau Madura"

Back To Top