Memang ianya cukup sedih dan pilu apabila melihat orang yang tersayang hilang dihadapan mata sendiri . Begitulah yang terjadi apabila seorang ibu telah mempertaruhkan nyawa sendiri hingga maut dirempuh sebuah motosikal yang dipandu laju .
Kejadian yang cukup menyayat hati ini berlaku di Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu awal pagi tadi, menurut laporan laman web Harian Metro Online.
Allahyarham Dayang Che Abdul Kadir yang berusia 54 tahun dikatakan sempat menolak anak lelakinya ke tepi jalan dan membiarkan dirinya dirempuh oleh motosikal yang dipandu laju sehingga menemui ajal .
Berdasarkan maklumat , anaknya, murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Panjang, Muhammad Izzudin Najmi Ibrahim, 12, yang bangun dari terjatuh selepas ditolak hanya mampu melihat jasad ibunya yang sudah tidak bernyawa di atas jalan raya .
Kemalangan itu dipercayai berlaku kira-kira jam 7.15 pagi, dimana ia melibatkan mangsa yang berasal dari Kampung Pasir Panjang dikatakan sedang melintas jalan untuk menghantar Muhammad Izzudin ke sekolah selepas singgah minum di warung yang berdekatan.
Walau bagaimanapun, ketika melintas jalan tiba-tiba mangsa telah melihat sebuah motosikal yang ditunggang laju bergerak ke arah mereka secara tidak semena-mena .
Difahamkan juga , mangsa yang menyedari kedatangan motosikal itu sempat menolak anaknya ke arah bahu jalan sebelum mangsa dirempuh dengan laju .
Akibat daripada rempuhan itu, mangsa telah terjatuh dan kepalanya telah terhentak di atas jalanraya dan menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian sementara penunggang motosikal, yang merupakan seorang pelajar tingkatan empat hanya mengalami kecederaan ringan.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar yang dihubungi telah mengesahkan mengenai kemalangan maut itu.
Menurut beliau lagi , kes itu telah disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana telah menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu dan membahayakan.
Bak kata orang , kasih ibu membawa ke syurga, begitulah tidak terkira sekali pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu itu sehingga sanggup mengorbankan dirinya sendiri untuk anak tersayang .
Semoga semua anak-anak yang masih mempunyai ibu dan bapa akan menghargai kedua ibubapa sebelum mereka menutup mata....
0 Comments for "SEDIH DAN PILU !! " Kasih Ibu Membawa Ke Syurga " Ibu Maut Ketika Selamatkan Anaknya !!"