Powered by Blogger.

JOM BACA !! Sebab Chacha Maembong Tak Pakai Baju Ezuwan Ismail Terjawab !!




Jika sebelum ini, pereka fesyen Ezuwan Ismail ada meluahkan rasa kecewaannya di atas perbuatan seorang pelakon wanita muda yang tidak mahu mengayakan busana yang direkanya  menerusi laman Instagram miliknya .

Walaupun dia tidak mendedahkan nama pelakon tersebut namun akhirnya pelakon Chacha Maembong mengakui dialah selebriti yang dimaksudkan oleh pereka fesyen tersebut .

Menurut Chacha sendiri , dia mempunyai sebab untuk tidak memakai gaun berwarna pink itu dan sudah pun memaklumkan perkara itu kepada Ezuwan sebelum dia menghadiri majlis Anugerah Skrin 2014 yang berlangsung pada Jumaat yang lalu.


Bukan niat saya mahu kecewakan dia tetapi saya ada sebab sendiri kenapa tidak memakainya pada saat-saat akhir dan perkara itu sudah pun dimaklumkan kepada Ezuwan sebelum ke majlis anugerah tersebut.



“Saya memang nak pakai tetapi keadaan tidak mengizinkan dan pembantu saya sudah menguruskannya dan meminta maaf atas perkara yang terjadi itu,” katanya memetik laporan mStar.


Chacha juga merupakan adik kepada Emma Maembong  turut menyatakan dia terasa hati dengan posting Ezuwan di Instagramnya itu kerana tidak memaklumkan kepadanya terlebih dahulu walaupun Ezuwan sendiri sudah mengetahui sebab sebenar mengapa dia menolak untuk memakai pakaian tersebut .




Related Post:

0 Comments for "JOM BACA !! Sebab Chacha Maembong Tak Pakai Baju Ezuwan Ismail Terjawab !!"

Back To Top