Powered by Blogger.

MESTI TENGOK GAMBAR !! Pelajar Tahun 1 Parah Digilis Bas Sekolah !!




Ianya bagaikan satu mimpi ngeri apabila seorang pelajar tahun satu parah selepas dia digilis bas sekolah di hadapan Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2, hari ini .

Menurut ibu mangsa, Hayati Ismail, 41, berkata kedua-dua belah paha anaknya Muaz Saedin, 7, cedera parah akibat digelek tayar bas sekolah dalam kejadian yang berlaku pada jam 2.10 petang .

"Sebelum kejadian itu berlaku , saya pergi ke sekolah untuk mengambil Muaz namum saya berasa ada sesuatu yang tidak kena selepas melihat ibu bapa di situ dalam keadaam cemas.


"Seorang daripada mereka menghampiri saya dan memaklumkan bahawa Muaz telah terbabit dalam kemalangan dan dia sudah dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) oleh gurunya ," katanya.

Dia yang juga merupakan salah seorang kakitangan Jabatan Kewangan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) Balai Berita Perai berkata, sehingga jam 9 malam tadi doktor masih belum memaklumkan berita mengenai anaknya dan ianya akan dirujuk ke Hospital Pulau Pinang (HPP) berikutan kecederaan yang dialaminya agak serius .

Diharapkan adik Muiz akan cepat sembuh dan kembali seperti sedia kala ...amin.

creadit : mymetro

Related Post:

0 Comments for "MESTI TENGOK GAMBAR !! Pelajar Tahun 1 Parah Digilis Bas Sekolah !!"

Back To Top